Khamis, 22 Januari 2009

asal usul masjid kg laut

mengikut cerita lisan orang-orang tua kelantan ,pada zaman dahulu datang sekumpulan pendakwah dari tanah jawa dikatakan menuju ke perairan kelantan, bila berdekatan dengan kuala kapal yang mereka naiki telah terlanggar dengan batu karang lalu bocor...lalu para pendakwah yang di percayai wali songo telah bermunajat dan berdoa di sertai nazar jika mereka akan membina sebuah masjid jika  selamat musibat tersebut, lalu dengan takdir allah, doa mereka  di makbulkan lalu allah telah menghantar ikan kekacang (barakula)seekor masuk dalam lubang dan yang lainnya menolak kapal itu ke daratan..lalu sampai ke kampung yang bernama kampong laut, tumpat...para wali tadi telah menunaikan nazar mereka dengan membina sebuah masjid yang menjadi kembar masjid agung demak, Jawa Tengah.para wali telah bersumpah bahwa mereka semua turun temurun tidak akan makan ikan tersebut demi menghormati ikan yang telah menyelamatkan mereka...kerana itu ramai keturunan wan dan nik di kelantan pantang makan ikan kekacang...wallau 'alam

Tiada ulasan: