Sabtu, 12 Jun 2010

Hikmah Menyusukan Bayi Menurut Islam

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KEHAMILAN merupakan antara tempoh paling sensitif dan kritikal bagi golongan wanita terutama yang bakal melahirkan anak pertama.

Ketika ini wanita hamil dihantui pelbagai perasaan tidak yakin, bimbang dan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dalam kandungannya.

Soalan-soalan seperti “Adakah tubuh saya terlalu kecil untuk menampung anak” atau “adakah tubuh saya mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk bayi”, adalah antara yang mengusik naluri bakal ibu.

Ia menjadi masalah apabila persoalan tersebut mendorong mereka mencuba segala jenis makanan tambahan, susu formula, vitamin dan jamu di samping pelbagai ramuan tradisional sama ada ubat-ubatan herba mahupun jamu.

Ketua Perunding Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Seri Suniza Sufian berkata, lebih mengelirukan apabila mereka terpaksa mematuhi pula berbagai-bagai pantang larang setelah selamat melahirkan anak.

“Salah satu contoh, wanita selepas bersalin sepatutnya minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.

“Tetapi sesetengah masyarakat Melayu percaya, selepas melahirkan anak wanita tidak boleh minum air kerana takut ‘kembang’ atau vagina tidak segar dan longgar,’’ katanya.

Dr. Seri Suniza menjelaskan juga bahawa pengambilan makanan tambahan, suplemen dan jamu tidak semestinya bagus untuk kesan jangka panjang bagi ibu mahupun bayi yang dikandungnya.

Menurutnya, ibu hamil hanya perlu tambahan 10 peratus daripada zat nutrien diperlukan manakala ibu yang mengamalkan diet normal (seimbang) pula tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan setiap hari.

Ini kerana, suplemen banyak mengandungi multi-vitamin yang boleh menambahkan lagi berat badan.

Yang penting, kata beliau lagi, adalah menambahkan zat besi atau ferum dalam diet seharian agar tubuh badan sentiasa segar dan sihat sepanjang kehamilan.

Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin serta turut diamalkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Catherine Zeta Jones, adalah menyusukan bayi.

“Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka.

“Namun jika ibu menyusu itu masih kekal dengan berat badan sewaktu hamil adalah disebabkan mengambil suplemen berlebihan kerana ibu terlalu bimbang dan kurang yakin lalu makan lebih daripada sepatutnya,’’ ujarnya lagi.

Dr. Seri Suniza memberitahu, manfaat penyusuan di kalangan ibu tidak terbatas lebih-lebih lagi dalam membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin yang merupakan penyebab kematian materniti utama di dunia.

Jelas beliau, ia mengurangkan risiko anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah selepas tempoh dua jam pertama bersalin.

Di samping itu, proses penyusuan juga terbukti 98 hingga 99 peratus berkesan mencegah kehamilan pada tempoh enam bulan pertama selepas kehamilan jika ibu menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang tempoh itu.

Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta mengawal kolesterol.

Justeru, golongan ibu seharusnya tidak berhenti menyusu sewaktu awal usia bayi kerana banyak manfaatnya kepada kedua-dua mereka.

Bagi ibu bekerja pula, alasan sibuk kini tidak lagi relevan kerana terdapat banyak kemudahan dan kelonggaran khusus untuk mereka demi menggalakkan amalan menyusu.

Lebih-lebih lagi pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama, oleh itu adalah penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui pemakanan secara sihat.

Di petik dari: http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1027/Hikmah-menyusukan-bayi 

Jumaat, 11 Jun 2010

Silat Melayu dan Seni Beladiri Suatu Bidaah??

Pernah juga penulis mendengar dari seorang ustaz yang mengdakwa Ahlu Sunnah murid pedakyah Wahabi tersohor Pasir Pekan, bahwa silat itu bidaah!!, mungkin ramai juga pesilat merasa takut dan bimbang bila fatwa mengenai haramnya yoga, saya bukan nak bahaskan kebijakan pihak berkuasa agama dalam isu ini, tetapi perlu diperincikan apa yang salah dan apa yang harus, sepatutnya bukan semua diharamkan terus secara total, tapi mestilah dengan kajian secara teliti, apa yang salahnya jika ianya hanya suatu gerakan olahraga untuk latihan kesihatan jasmani?, mungkin nanti kerana ada silat yang mencampur-adukkan sesuatu yang diragui timbul fatwa haramnya silat secara total dan menyeluruh.

Gerakan Pencak Silat
Dalam  bidang Olah Raga, Hukumnya sudah jelas, yaitu sunat. Mengingat hadis,  bahwa setiap pagi Rasulullah sering berolah raga lari dan adu cepat dengan istrinya Aisyah. Suatu kali Aisyah yang menang suatu kali Nabi yang menang.
 
Khusus dalam olah raga Bela Diri, hukumnya juga sunat, karena hadist nabi "Ajarilah anakmu laki-laki oleh raga bela diri, berenang, dan berkuda/ketangkasan ". Rasulullah lebih senang mewarisi generasi yang sihat dan tangkas daripada generasi yang lemah.
 
Mengenai Bela diri Import seperti taekwando, Nabi mengajarkan "belajarlah walau ke negri Cina", jadi tidak ada alasan membatasi ilmu beladiri dari asing. Kalau itu memang bermanfaat.
 

Titik Maut Pada Anggota Musuh

Titik Maut Pada Anggota Musuh
Salam ukhwah dan salam pendekar buat para pembaca, berikut ini beberapa sasaran titik maut yang boleh melemahkan atau melumpuhkan musuh bila anda mau menumbangkannya, inilah antara yang jadi rahsia guru perguruan senibeladiri harap anda hayati dan fahami, serta berguru untuk mengetahui bagaimana hendak meyampaikannya dengan lebih berkesan.
Sasaran di belakang
Sasaran didepan

Untuk mengetahui caranya harapa anda berguru dengan orang yang ahli. wallahu 'alam.

Rabu, 13 Januari 2010

Kelebihan Air bukti kebenaran Mukjizat Ilahi

Dalam syariat Islam bahkan syariat-syariah agama Samawi yang lain, penggunaan air sebagai alat penyucian sebelum masuk sesuatu amalan ibadat adalah menjadi suatu kefardhuan, malah bersuci menjadi suatu syarat sah sesuatu amalan pengabdian kepada Allah, penyucian yang perlu dilakukan sebelum seseorang masuk beribadat kepada Allah itu dikenali sebagai istilah Thoharah yakni bersuci, ia terbahagi kepada beberapa bab dan pasal yang seseorang muslim tidak dilepas kewajipan dari mengetahuinya sebelum melakukan ibadat.

Air merupakan salah satu anugerah Ilahi yang tidak ternilai, malah seluruh kehidupan yang ada di dunia ini bermula dari kejadian Air, firman Allah Swt "dan bumi sesudah itu dihamparkannya, ia memancarkan darinya mata air dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya."(QS An -Naziat,79:30-31), dalam tafsir Ibnu Katsir dipaparkan pengertian "...dihamparkan bumi", Ibnu Abbas berkata, "darinya dikeluarkan air, tumbuh-tumbuhan dan belahan lembah-lembah, didirikan gunung-gunung, pasir, aliran-aliran air, bukit-bukit yang menumbuhkan pepohon serta meneguhkan gunung-gunung untuk diam bersama seluruh penduduk. Firman Allah lagi: "Dan apakah orang-orang kapir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu dahulu keduanya bersatu-padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan dari air kami jadikan sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tidak juga beriman?"(QS Al-Anbiya', 21:30)

Makhluk Hidup Khasnya Manusia Bermula dari Air
Penciptaan Air telah mendahului makhluk hidup khasnya manusia, sejak manusia diciptakan air selalu mengiringinya dan ini sampai manusia kembali kepada Allah air juga mengiringinya, anggota tubuh manusia sendiri mengandungi air sekitar 70 % dari berat badannya, 80% dalam darahnya, 85% dalam otaknya, 20%dalam tulangnya, dan 80%dalam ototnya.

Hikmat Ilahi disebalik itu amatlah jelas, dalam kitaran hidup manusia, mereka sangat bergantung pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk bertahan hidup, sedangkan haiwan juga sangat bergantung pada tumbuh-tumbuhan untuk mendapat makanan. Tumbuh-tumbuhan juga sememangnya meberi sumbangan yang amat penting dalam memberi supply lapisan gas bumi dengan oksigen. Dan oksigen selalu diperlukan untuk kelangsungan hidup manusia , haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan setiap makhluk hidup yang lain.

Tumbuhan hijau pula seolah-olah kilang bagi pembuatan komponen-komponen yang di perlukan makhluk hidup,baik manusia , haiwan, maupun tumbuhan itu sendiri. Proses ini terjadi melalui transformasi gizi yang didapati dari tanah, karbondioksida yang diambil dari lapisan udara bumi, dan tenaga yang bersumberkan matahari. penting diketahui, bahwa proses pencahayaan pada tumbuhan hujau tidak akan berlaku tanpa peranan air, setiap molekul airnya mengandungi hidrogen dan oksigen; (H2O).

Tumbuh-tumbuhan akan menyerap air dari perahan gizi yang diperolehi akar-akarnya dari tanah dan bebatu. manakala tenaganya pula didapat melalui sinar matahari melalui zat pewarna hijau yang disebut klorofil. Allah Swt menganugerah pada zat ini untuk memecah air menjadi dua bahagia yaitu ion hidrogen yang bermuatan elektromagnetik positif  dan ion hidrogen yang bermuatan elektronmagnetik nagatif.

Persatuan kedua ion inilah yang akan membentuk dua bahagian air dan molekul oksigen yang kemudian tersebar ke lapisan gas udara untuk mengantikan oksigen yang diserap makhluk hidup ketika mereka bernafas . Ion-ion dalam hidrogen kemudiannya bersatu akibat meleburnya air bersama-sama bahagian karbondioksida yang diperolehi tumbuh-tumbuhan dari persekitaran udara.

Pembangunan molekul-molekul yang diperlukan dalam menghidupkan sel dimulai dari yang paling sederhana yakni dari gula glukosa hingga akhirnya dikerjakan dengan asid amino dan asid atom yang selalu digunakan oleh alat reproduksi pada srtiap makhluk hidup.

Apa yang disebut diatas adalah merupakan sebahagian kecil sekian perkara yang dianugerahkan Allah kepada air, baik melalui bentuk maupun kandungan zat-zatnya yang unik. Hal ini jelas pada potensinya yang bagus dalam meleburkan berbagai macam zat padat, cair, maupun gas. demikian juga dengan struktur kandungannya yang saling berlawanan  dan saling bercampur, potensi untuk larut dan mencair serta tingkat suhunya ketika mendidih dan membeku, tingkat kelekatan, ketegangan rendah, kepadatan rendah ketika membeku, potensinya tinggi dalam mengoksidasi dan mereduksi, serta berinteraksi dengan berbagai macam formula kimia, kemudian dalam melubangi tanah, serta membelahnya dalam proses menanam.

Dengan kelebihan-kelebihan itulah, maka Allah Swt memberinya peranan utama yang sangat penting dalam tubuh makhluk hidup. Semua ini adalah sebahagia dari mukjizat terbesar Sang Pencipta, dimana semenjak 1400 tahun yang lalu Allah telah berfirman : "  Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu  keduanya dahulu bersatu-padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan dari air kami jadikan sesuatu yang hidup. maka mengapakah mereka tidak juga beriman?''.

Berbagai fakta yang disebut diatas tidak pernah disentuh oleh pengetahuan manusia sebelum pertengahan abad ke 20. Penghuraiannya didalam Al-Qur'an begitu teliti dan terperinci, ringkas dan padat. Ini ditunjuk dengan salah satu ayat petunjuk dari Allah yang diperuntukan bagi setiap yang berakal dan berfikir," Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?''.

Salam sejahtera berterusan mengalir bagimu wahai Rasulullah Saw yang siddik,  yang telah mengtablighkan amanah Allah dengan begitu fathonah, salam sejahtera juga buat Ahli Baitmu yang suci serta para Sahabatmu yang mulia. Dan segala puja, puji dan syukur hanyalah kepada Allah Swt, Tuhan semesta alam.