Sabtu, 12 Jun 2010

Hikmah Menyusukan Bayi Menurut Islam

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

KEHAMILAN merupakan antara tempoh paling sensitif dan kritikal bagi golongan wanita terutama yang bakal melahirkan anak pertama.

Ketika ini wanita hamil dihantui pelbagai perasaan tidak yakin, bimbang dan ragu-ragu tentang keselamatan bayi dalam kandungannya.

Soalan-soalan seperti “Adakah tubuh saya terlalu kecil untuk menampung anak” atau “adakah tubuh saya mampu membekalkan nutrien mencukupi untuk bayi”, adalah antara yang mengusik naluri bakal ibu.

Ia menjadi masalah apabila persoalan tersebut mendorong mereka mencuba segala jenis makanan tambahan, susu formula, vitamin dan jamu di samping pelbagai ramuan tradisional sama ada ubat-ubatan herba mahupun jamu.

Ketua Perunding Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Seri Suniza Sufian berkata, lebih mengelirukan apabila mereka terpaksa mematuhi pula berbagai-bagai pantang larang setelah selamat melahirkan anak.

“Salah satu contoh, wanita selepas bersalin sepatutnya minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang dalam badan.

“Tetapi sesetengah masyarakat Melayu percaya, selepas melahirkan anak wanita tidak boleh minum air kerana takut ‘kembang’ atau vagina tidak segar dan longgar,’’ katanya.

Dr. Seri Suniza menjelaskan juga bahawa pengambilan makanan tambahan, suplemen dan jamu tidak semestinya bagus untuk kesan jangka panjang bagi ibu mahupun bayi yang dikandungnya.

Menurutnya, ibu hamil hanya perlu tambahan 10 peratus daripada zat nutrien diperlukan manakala ibu yang mengamalkan diet normal (seimbang) pula tidak perlu mengambil suplemen atau makanan tambahan setiap hari.

Ini kerana, suplemen banyak mengandungi multi-vitamin yang boleh menambahkan lagi berat badan.

Yang penting, kata beliau lagi, adalah menambahkan zat besi atau ferum dalam diet seharian agar tubuh badan sentiasa segar dan sihat sepanjang kehamilan.

Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mengembalikan bentuk badan asal selepas bersalin serta turut diamalkan oleh pelakon Hollywood terkenal, Catherine Zeta Jones, adalah menyusukan bayi.

“Mengikut kajian, ibu yang menyusu sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas kelahiran akan lebih langsing berbanding ibu-ibu yang tidak memberi susu badan kepada bayi mereka.

“Namun jika ibu menyusu itu masih kekal dengan berat badan sewaktu hamil adalah disebabkan mengambil suplemen berlebihan kerana ibu terlalu bimbang dan kurang yakin lalu makan lebih daripada sepatutnya,’’ ujarnya lagi.

Dr. Seri Suniza memberitahu, manfaat penyusuan di kalangan ibu tidak terbatas lebih-lebih lagi dalam membantu mengurangkan risiko pendarahan selepas bersalin yang merupakan penyebab kematian materniti utama di dunia.

Jelas beliau, ia mengurangkan risiko anemia yang disebabkan oleh kehilangan darah selepas tempoh dua jam pertama bersalin.

Di samping itu, proses penyusuan juga terbukti 98 hingga 99 peratus berkesan mencegah kehamilan pada tempoh enam bulan pertama selepas kehamilan jika ibu menyusukan bayi secara eksklusif sepanjang tempoh itu.

Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser payu dara, ovari dan endometrial yang dipengaruhi ketidakstabilan hormon estrogen serta mengawal kolesterol.

Justeru, golongan ibu seharusnya tidak berhenti menyusu sewaktu awal usia bayi kerana banyak manfaatnya kepada kedua-dua mereka.

Bagi ibu bekerja pula, alasan sibuk kini tidak lagi relevan kerana terdapat banyak kemudahan dan kelonggaran khusus untuk mereka demi menggalakkan amalan menyusu.

Lebih-lebih lagi pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama akan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama, oleh itu adalah penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui pemakanan secara sihat.

Di petik dari: http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1027/Hikmah-menyusukan-bayi 

Jumaat, 11 Jun 2010

Silat Melayu dan Seni Beladiri Suatu Bidaah??

Pernah juga penulis mendengar dari seorang ustaz yang mengdakwa Ahlu Sunnah murid pedakyah Wahabi tersohor Pasir Pekan, bahwa silat itu bidaah!!, mungkin ramai juga pesilat merasa takut dan bimbang bila fatwa mengenai haramnya yoga, saya bukan nak bahaskan kebijakan pihak berkuasa agama dalam isu ini, tetapi perlu diperincikan apa yang salah dan apa yang harus, sepatutnya bukan semua diharamkan terus secara total, tapi mestilah dengan kajian secara teliti, apa yang salahnya jika ianya hanya suatu gerakan olahraga untuk latihan kesihatan jasmani?, mungkin nanti kerana ada silat yang mencampur-adukkan sesuatu yang diragui timbul fatwa haramnya silat secara total dan menyeluruh.

Gerakan Pencak Silat
Dalam  bidang Olah Raga, Hukumnya sudah jelas, yaitu sunat. Mengingat hadis,  bahwa setiap pagi Rasulullah sering berolah raga lari dan adu cepat dengan istrinya Aisyah. Suatu kali Aisyah yang menang suatu kali Nabi yang menang.
 
Khusus dalam olah raga Bela Diri, hukumnya juga sunat, karena hadist nabi "Ajarilah anakmu laki-laki oleh raga bela diri, berenang, dan berkuda/ketangkasan ". Rasulullah lebih senang mewarisi generasi yang sihat dan tangkas daripada generasi yang lemah.
 
Mengenai Bela diri Import seperti taekwando, Nabi mengajarkan "belajarlah walau ke negri Cina", jadi tidak ada alasan membatasi ilmu beladiri dari asing. Kalau itu memang bermanfaat.
 

Titik Maut Pada Anggota Musuh

Titik Maut Pada Anggota Musuh
Salam ukhwah dan salam pendekar buat para pembaca, berikut ini beberapa sasaran titik maut yang boleh melemahkan atau melumpuhkan musuh bila anda mau menumbangkannya, inilah antara yang jadi rahsia guru perguruan senibeladiri harap anda hayati dan fahami, serta berguru untuk mengetahui bagaimana hendak meyampaikannya dengan lebih berkesan.
Sasaran di belakang
Sasaran didepan

Untuk mengetahui caranya harapa anda berguru dengan orang yang ahli. wallahu 'alam.